Tinggalkan jejak anda di sini....CikWanniey follow kembali...

Klik cni...

Thursday, January 27, 2011

Bila ada org ' MERISIK'

0 wasiat kpd tuan tanah

http://www.cute-smiley.com bila ada org mai merisik tp bila bkn org aku tggu2 so bnda ni akan jd benda paling xbest.. siap http://www.cute-smiley.com... hahaha....ada plak mcm 2 kan...sempoila, nasib baik bkn dpn org yg tnya 2... agak2la bkn kenal pun tiba2 mai merisik akiu tok sepupu dia... tp di sebabkan dia EN polis aku reject..sgt2 xsuka polis k..bagila best sket keje dia peguam ka, CEO ka...hahaha~~ demand gila aku ni....bkn sbb demandla..sbb aku dah ada' someone' (berahsia la plak)..bkn apa bila bila pk2 balik tb2 rs xbersedia lg kan tp agak terhegeh2 nk kawen jgk sbb dgn rasa jeles dan dengkinya smua mmber dah nk tunang or dah tunang+dah nk kawen or dah kawen+dpt baby...http://www.cute-smiley.com aku bila lagi???soalan cepu emas...COMING SOON.. Amin..InsyaAllah

10 Soalan Sebelum Bertunang...

0 wasiat kpd tuan tanah




Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.


10 soalan itu adalah:


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.


2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.


3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.


4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.


5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.


6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.


Orang macam mana yang anda cari?


7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.


8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.


9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.


10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.


Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

*Kepada jejaka pastikan diri anda bersiap sedia sebelum meminang seorang wanita dan pastikan anda lulus 10 soalan ini.

*Dan kepada wanita pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.


Lawak pg...

0 wasiat kpd tuan tanah


Thursday, January 20, 2011

Suka sgt lagu ni!!!

0 wasiat kpd tuan tanah
Cinta Matiku – Sixth Sense

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu


Chorus:

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Chorus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ulang Chorus 3X

Apa Salah Aku???

0 wasiat kpd tuan tanah

Bila kau nak kahwin ni Pian?Tak sabar la aku nak melihat aku naik jinjang pelamin,nak juga aku merasa nasi minyak nanti!Ish,kau ni Zaid,ada jodoh,aku kahwin la!Ha,yang kau dok sibuk pasal jodoh aku,bila pula kau nak pergi Jordan?soal sambil menyuapkan sedikit nasi lemak ke mulutnya yang berada di atas mejanya.Menurut surat itu,lagi 3 bulan dari sekarang,tapi aku kena buat persediaan yang rapi.Macam-macam kena selesaikan,passport,kelas intensif bahasa arab, dan banyak lagilah..tapi sebelum aku pergi sana,aku nak lihat kau berkahwin dulu,baru tenang hati aku.Ke situ pula kau ni Zaid,kau tu bila pula?

“Aku target kahwin kat sana la Pian! baru la seronok.Haha,melawak ja,ha makan la cepat,kita ada kelas lagi ni.”Diambil beg yang diletakkan di atas meja tadi dan Zaid terus melangkah pergi dari café kelate yang terletak berhampiran dengan universiti mereka yang memang terkenal sejak dahulu lagi terutamanya nasi lemak dagingnya.Hubungan Zaid dan Pian ibarat adik beradik.Faktor rumah kediaman mereka berdua yang dekat menjadikan hubungan mereka mempunyai seribu cerita gembira dan sedih.Pernah satu ketika Zaid pernah lemas di sungai sewaktu kecil,Pian yang kebetulan berada di situ tanpa memikirkan soal nyawanya terus terjun menyelamatkan Zaid dan menariknya hingga ke tebing.Sejak dari peristiwa itu,Zaid menganggap Pian sebagai abangnya tambahan pula Zaid adalah anak tunggal dalam keluarganya.

“Baiklah,memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir pelajar sekalian berada di sini,saya ingin meminta maaf atas segala tingkah laku saya sepanjang pembelajaran kita di sini dan saya juga memaafkan kesalahan kamu semua.” nada sedih Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.Pelajar kuliahnya juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan saling bersalaman.Jelas dari riak wajahnya, beliau agak keberatan untuk meninggalkan anak murid kelasnya.

Tapi,apakan daya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Baginya,inilah antara anak murid yang terbaik pernah diterimanya sepanjang 15 tahun mengajar di universiti ini. “Err, Zaid saya nak jumpa awak di bilik saya nanti pukul 5 petang," Profesor Tajuddin sempat bercakap dengan Zaid sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.

Baiklah Prof,balas Zaid sambil melontarkan senyuman kepada Profesor Perbandingan Agama itu.

“Eh,Zaid ada apa Prof nak jumpa kau?soal Pian dengan muka yang agak risau di wajahnya."

“Aku rasa kan mesti Prof nak kahwinkan anak perempuan dia dengan Zaid," sampuk Bob rakan sekuliah mereka.Ishh,kau ni Bob,memandai saja,mana kau tahu yang Prof kita itu ada anak perempuan yang sebaya dengan kita.

"Apa la kau ni Pian,zaman sekarang dah maju la,dah zaman informasi di hujung jari la,guna facebook saja,kebetulan hari tu aku search nama Prof dan ada juga profil anak dia kat wall Prof,apa lagi,aku terus add dia la,cantik tau!” jawab Bob dengan wajah yang yakin.

“Dah2,mengarut saja kau ni Bob!” balas Zaid dari tadi yang mendiamkan diri sejak disoal Pian tadi.

“Ha Bob,anak Profesor itu accept tak request kau tu?”tanya Pian lagi. “Ermm takpun,aku rasa dia sibuk la Pian,” balas Bob sambil menundukkan kepalanya tersimpul malu.Hahaaha,Zaid dan Pian masing-masing ketawa sejurus mendengar jawapan dari mulut Bob.

Tombol pintu bilik D502 dibuka perlahan-lahan.Berdebar-debar rasanya jantung Zaid.Bermacam-macam perkara yang melayang di fikirannya.Apa yang aku dah buat?Setahu aku assignment semua sudah dihantar.Ishh,risaunya aku. “Ya Allah,kabarkanlah kepadaku berita yang gembira.” Sempat juga Zaid berdoa dalam hatinya.

“Ha,yang kamu tercegat di situ buat apa!Mari duduk sini,sambil menunjukkan ke arah kerusi chairman yang berwarna hijau,” kata Profesor Tajuddin.

“Apa halnya Prof panggil saya ke sini?Degupan jantungnya semakin berkencang ibarat pahlawan berkuda berlari mengejar musuh.Direnung wajah Profesor Tajuddin dengan teliti.Ada saya gagal paper Prof ka?”semakin berserabut persoalan yang bermain di mindanya.Semua ini perlu dijawab dengan secepat mungkin supaya hilang kegelisahan di hatinya.

“Hurm,sebenarnya kamu tiada buat-buat apa-apa kesalahan ataupun fail paper saya.Cuma saya ada satu tawaran pada kamu.” jawab Profesor Tajuddin dengan nada yang gembira.

“Alhamdulillah,lega rasanya mendengar jawapan yang keluar di mulut Prof,” kata-kata itu terus keluar dari mulut Zaid.Matanya liar melihat apa-apa fail ataupun surat yang berada di atas meja.Tawaran apa pula Prof?Tak sabar pula nak mendengar tawaran yang diberikan kepadanya.Buat kali kedua jantungnya bernadi kencang.

“Memandangkan awak sudah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Master dalam bidang Perbandingan Agama di Jordan,saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini,”jawab Profesor Tajuddin yang menggunakan terus menggunakan perkataan kahwin tanpa mahu bermadah lagi.

Alangkah terkejutnya Zaid.Kelu seketika lidahnya…Memang terkejut mendengar kata-kata Profesor Tajuddin yang memang menjadi rakan baik ayah Zaid ketika mereka sama-sama belajar dahulu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Mesti awak terkejut kan?Begini,saya rasa awak perlu berkahwin sebelum awak menyambung pelajaran awak di sana dan calon yang saya cadangkan ini bukan calang-calang orang.Saya ada bercakap dengan ayah awak hal ini dan dia menyokong.Wanita itu ada keistimewaannya yang tersendiri dan InsyaAllah seorang yang solehah!” Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.

“Err,saya bukan apa Prof,pertama saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada Prof atas cadangan itu tetapi saya rasa belum bersedia lagi dan andaikata saya ingin membina mahligai,saya perlu menyelidik dulu latar belakangnya.” jawab Zaid dengan suara yang rendah hati.

“Hurm,tak mengapa saya boleh beri awak masa untuk memikirkan dulu cadangan saya ini.Kalau awak ada apa-apa hal, awak boleh terus menghubungi saya.Owh,saya hampir terlupa,satu lagi wanita ini juga akan melanjutkan pengajiannya di Jordan dalam pengajian syariah.”

Baiklah Prof,saya akan fikirkan dulu.Apa pun terima kasih sekali lagi atas pelawaan sambil tangannya dihulur bersalaman dengan Profesornya yang sudah berusia 50-an itu.Kakinya melangkah keluar dari bilik itu dengan meninggalkan seribu persoalan di mindanya.Pertemuan petang itu yang sememangnya singkat tapi bermakna!

Sesampainya di biliknya,dia terus menghempas badannya ke tilam yang sudah berusia 3 tahun itu.Matanya merenung kipas di siling yang ligat berputar.Terngiang-ngiang kata-kata Profesor Tajuddin siang tadi:

“saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini dan InsyaAllah dia seorang yang solehah”

Adakah ini saatnya?Siapa wanita itu yang Profesor Tajuddin teria-ia mahu memperkenalkan kepada aku?Apa yang istimewanya dia?

Aduh,banyaknya persoalan?

Hah!

“Huh,terkejut aku!kenapa masuk tak bagi salam dulu,”ngomel Zaid pada rakannya Pian.Saja nak menyergah kau,aku tengok kau seperti serius memikirkan sesuatu,ni mesti bab kahwin kan? Pian meneka perkara yang sememangnya melayang-layang di fikiran rakan baiknya itu.“Entahlah,aku jadi pening memikirkan saat bahagia aku,maksud aku perkahwinan…” belum sempat Zaid menghabiskan ayatnya Pian cuba mencelah.

“Cuba kau ceritakan kepadaku apa masalah yang sebenarnya,mungkin aku boleh bantu apa yang termampu.”

Aku nak tanya kau sesuatu,andaikata ada orang yang pelawa kau mengahwini seorang wanita yang jelas sekali kau tidak mengenalinya langsung,walaupun katanya dia seorang yang solehah,apa respon kau?

“Owh,ni mesti pasal kejadian di bilik Profesor Tajuddin kan?Tekaannya benar sekali.Kalau aku,mestilah nak kena selidik latar belakang dulu!

Tak kan kau tak ingat panduan yang Nabi Muhammad bagi pada kita kalau nak kahwini seseorang itu,lihatlah pada harta,keturunan,kecantikan dan agamanya,tetapi yang terbaik lihat pada agamanyalah.Kau tak taaruf dulu ka?”Tanya Pian lagi.

Perkataan taaruf yang keluar dari mulut Pian seolah-olah merungkai sedikit kekusutan yang dilandanya. “Betul juga cakap kau,aku boleh merisik dahulu supaya aku dapat tahu latar belakangnya.”Terima kasih Pian.Dipeluk erat badan rakannya itu.

Salam.Saya dah fikirkan cadangan Prof tempoh hari dan kalau boleh saya nak minta tolong Prof aturkan pertemuan saya dengan keluarga wanita itu secepat mungkin!

Mesej yang terpapar di skrin telefon Profesor Tajuddin membawa khabar yang positif.Namun ayat terakhir Zaid itu membuatkan Profesor Tajuddin sedikit risau memikirkannya.Esok,pukul 5 petang awak datang rumah saya,kita akan bertaaruf dengan wanita itu.

Jangan lupa pula Profesor Tajuddin membalasnya dengan jawapan yang cukup ringkas.

Saya minta tolong jasa baik Profesor untuk carikan calon yang sesuai kepada Fatimah.Kesian saya tengok dia.Saya takut dia akan selalu memikirkan perkara ituLagipun Prof pun dah mengenalinya sejak kecil lagi dan banyak membantunya,ujar Pak Salih kepada Profesor Tajudin.

“InsyaAllah, saya akan cuba apa yang termampu.” balas Profesor Tajuddin.

Perbualan dengan Pak Salih itu sering mengingatkan amanah yang diberikan kepadanya.Kalau boleh,dia mahu menyelesaikan masalah Fatimah itu dengan secepat mungkin.Tapi adakah ada orang yang sanggup…Ishh …Astaghfirullah,ke situ pula aku memikir,dah masuk waktu maghrib dah pun.

Pertemuan Yang Dinanti-nantikan!

Seperti yang kita rancang,saya akan memberikan dahulu gambar yang saya cadangkan pada awak.Ini dia wanita yang saya sebutkan tempoh hari.

Direnung wajah di foto itu dengan teliti.Kelihatannya dia memang seorang yang cantik,bergaya dan ada sinar nur diwajahnya.Bisik hati Zaid.

“Err,sebelum itu perkenalkan dahulu di sebelah saya ini,Pak Salih dan Mak Cik Leha.Mereka berdua ini penjaga kepada perempuan ini.Saya rasa elok kalau Pak Salih sendiri yang perkenalkan wanita itu pada kam,”sambung Profesor Tajuddin lagi.

“Nama penuh wanita itu Fatimah binti Abdullah,dia merupakan anak angkat kepada kami berdua sejak dilahirkan.”

Zaid mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang keluar dari mulut Pak Salih.

“Err,boleh saya tahu di mana ayah dan ibu Fatimah.” soal Zaid.

Saya akan beritahu perkara yang sebenar kepada kamu tanpa berselindung apa-apa,kata Pak Salih.Pak cik harap kamu boleh terima dengan hati yang terbuka penjelasan pak cik ini.

Bunyinya macam ada rahsia yang tersembunyi yang hendak disampaikan Pak Salih di sebalik kisah anak angkat mereka.Zaid kehairanan melihat riak wajah Pak Salih yang mula menitiskan air mata malah Profesor Tajuddin dan Mak Leha turut berkelakuan sedemikian.Semakin kusut fikirannya!

KIsah Sebenar

Sebenarnya,Fatimah itu dilahirkan hasil perzinaan emaknya dan teman lelaki dia 23 tahun dahulu.Dia ditinggalkan di masjid di kampung kami.Identiti ibunya dan ayahnya tidak diketahui hingga sekarang.Kebetulan pak cik yang menjumpai bayi itu dalam keadaan menangis ketika ingin menunaikan solat dan kami mengambil keputusan untuk menjadikan Fatimah sebagai anak angkat kami memandangkan kami tiada mempunyai zuriat.

Kami mendidiknya penuh dengan kasih sayang dan memberikannya ilmu agama yang secukupnya agar apabila dewasa kelak Fatimah mengetahui statusnya yang sebenar,dia mampu menerima takdir ini dengan sebaiknya.

Astaghfirullah halazim,alangkah terkejutnya Zaid apabila mendengar penjelasan yang diberikan Pak Salih.Fikirannya menjadi tepu seketika.Bagaimana aku mahu menerima pelawaan sebegini rupa.Tak terlintas langsung di fikirannya akan perkara sedemikian.Mengapa aku harus mendengar kisah sebegini!Layakkah seorang anak luar nikah mengahwini aku?Semua persoalan itu bermain di mindanya.Melihatkan Zaid yang terdiam seketika,Mak Leha yang dari awal tadi hanya membisu mula bersuara."

Mak cik sangat kesian melihat Fatimah.Satu kampung mengetahui statusnya sehingga ada yang mencemuhnya sepanjang dia berada dalam jagaan kami tetapi Fatimah tabah dan sanggup menerima kejian orang kampung dengan sabar sekali.Mak cik sedar orang seperti Fatimah ini mesti sangat susah orang nak jadikannya sebagai isteri tetapi percayalah kami sudah mendidiknya agar menjadi muslimat yang bertakwa”Air mata yang keluar pantas di kesatnya.

“Prof harap sangat pada kamu agar dapat menerimanya.Dia mendapat pendidikan agama yang sempurna dan Alhamdulillah dia akan melanjutkan pengajiannya di bidang syariah tak lama lagi.Dan menurut perkiraan Prof,kamulah calon yang sesuai untuk diisi dalam hati wanita yang bernama Fatimah yang nyata sangat sukar ada orang yang sanggup mengahwininya kerana statusnya,”pujuk Profesor Tajuddin cuba meyakinkan Zaid.

“Beginilah,saya sangat simpati terhadap apa yang berlaku kepada Fatimah dan sesungguhnya ini ketetapan dari Tuhan dan saya meminta ruang masa yang secukupnya agar saya mampu membuat keputusan yang terakhir.” Jawapan yang keluar dari mulut Zaid nyata memberi satu sinar harapan.

Sememangnya Zaid seorang yang tenang apabila berhadapan situasi yang rumit sebegini.Jauh di sebalik langsir ruang tamu milik Profesor Tajuddin, kelihatan seorang wanita yang berdiri di belakang langsir itu.Fatimah!Rupa-rupanya dia sedang mendengar perbualan mereka.Terpampang di wajahnya air mata yang sukar mengungkap segalanya.

“Baiklah rasanya kita sudah mencapai kata sepakat setakat ini,pihak kami akan menunggu jawapan dari awak,”ulas Professor Tajuddin yang menjadi orang tengah antara pertemuan itu.Air dan beberapa cucur jemput yang disediakan langsung tidak disentuh oleh Zaid.

Kata Putus

Kau kata nak bagi kata putus 2 minggu lagi? Tanya Pian.Eloklah kau buat solat istikharah dulu dan berdoa banyak-banyak minta petunjuk Ilahi.InsyaAllah akan ditetapkan hati kau.Kau dah bagitahu emak dan ayah kau?

Dah,mereka memberi kuasa sepenuhnya pada aku,asalkan aku bahagia nanti,mereka turut tumpang gembira.

Kini keputusan untuk menerima pelawaan itu terletak sepenuhnya pada Zaid.

Saat malam yang penuh dengan langit di sinari bulan dan bintang menjadikan pemandangan yang indah.Bait-bait zikir sentiasa diungkapkan tak kira siang atau malam.Direnung langit yang luas itu.Subhanallah,tiada arkitek di dunia ini yang mampu menjadikan sebegini.

Kelihatan muka Zaid dibasahi dengan titisan air.Wuduk untuk solat malam!Inilah saat yang indah untuk Zaid bertemu Tuhannya.Saat ketika manusia dibuai mimpi indah digunakan sepenuhnya untuk mengadu sebarang masalah dengan Tuhan.

“Ya Allah,kau berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini untuk membuat keputusan yang terbaik.Andai kata dia adalah untukku,aku redha dan andaikata dia bukan untukku juga aku redha”“Kau dah pasti dengan keputusan kau ni,” soal Pian serius.Aku yakin dengan keputusan ini!

Bila?Hujung bulan depan.Di kampung Permata Hijrah.Baiklah nanti saya akan maklumkan kepada mereka.

Perbualan dengan Zaid petang itu amat bermakna buat Profesor Tajuddin.Dia seolah-olah mendapat suntikan semangat.Alhamdulillah,semoga mereka berdua bahagia dunia dan akhirat.Kamu bertuah Fatimah..Dia dah setuju.

Alhamdulillah,kedengaran ucapan tahmid di bibirnya.Riak wajahnya juga berbeza.Ternyata gembira.Masih ada insan di muka bumi ini yang sanggup menerima golongan seperti aku,getus hati kecilnya..

Inilah rahmat dan kasih sayang daripada Allah.Dia sentiasa Maha Adil.Kamu kena ingat semulia-mulia manusia di sisi Allah, adalah orang yang bertakwa..hatta sekalipun orang itu hanya bekerja sebagai tukang kebun..tambah Mak leha lagi..

InsyaAllah..saya akan ingat pesan itu Mak,balas Fatimah yang sejak kecil lagi memanggil Mak Leha sebagai Mak.

Penerbangan

Tahniah,lepas ni kamu nak berbulan madu dimana?soal Bob.Mestilah di Jordan!jawab Pian mencelah..Wah,seronoknya..kata Bob..Kamu berdua ni ada-ada saja,apalagi cepat-cepatkanlah kamu berdua selesaikan.InsyaAllah.

Majlis pagi itu berjalan dengan lancar.Tetamu jemputan juga hanya dari rakan kenalan Zaid dan Fatimah serta sanak saudara Mak Leha.Ringkas dan sederhana.Tiada ‘dj’ yang diundang untuk menghangatkan suasana dengan lagu-lagu yang lagho.

Tiada kompang,tiada pelamin dan hadiah tetamu juga bukannya bunga telur tetapi sengaja dihadiahkan mathurat kecil.Amat jarang sekali suasana sebegini dapat disaksikan di tanah air ini!

Kelihatan dari jauh Profesor Tajuddin dan keluarganya berjalan menuju ke meja pengantin.Barakallahu lakuma wabarakaaliah kuma ….Syukran Prof.

Bila kamu berdua akan pergi ke Jordan!soal Profesor Tajuddin.

“InsyaAllah minggu depan,lagipun semua urusan dokumen dah selesai,”balas Zaid dengan nada gembira.Prof nak ingatkan kamu berdua supaya sentiasa saling menasihati antara satu sama lain dalam melakukan kebaikan dan yang penting jadi mukmin yang bertakwa.InsyaAllah…sahut Zaid dan Fatimah.

Assalamualaikum and good afternoon,my name is captain Haris,this flight will departure just in few minutes.For muslim,follow me to recite this prayer:Subhanallazi Sakkaralana Ha za Wama kunna lahu mukrinin...

Pesawat jenis Airbus A380 milik syarikat MAS Airlines mula berlepas meninggalkan landasannya.Bagaimana perasaan sayang sehingga saat ini?soal Zaid mahu menguji perasaan isterinya.Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat pada Allah.Dia Maha Mengaturkan segalanya.Dia Maha Kuasa atas segalanya.

Walaupun sayang ditakdirkan untuk dilahirkan atas tiket anak luar nikah dan dibuang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi itu bukan penamat segala-galanya dalam kehidupan sayang.Itu juga ujian buat kita.Kadang-kadang bila difikirkan nasib yang menimpa diri ini,bagaimanakah pula dengan berjuta anak luar yang terhasil?

Mereka pasti tertanya-tanya susur galur mereka.Di mana ayah?Di mana ibu?Bagaimana mereka mahu membina kehidupan mereka?Apa pula pandangan masyarakat terhadap golongan seperti kami yang ditinggalkan ibu begitu sahaja.Titisan air mata mula membasahi pipi Fatimah.

Pantas Zaid mengambil hujung tudung Fatimah untuk mengesat air mata hidayah seorang hamba yang diuji kehidupannya.Sudahlah,jangan dikenang sangat peristiwa lalu,janganlah kita suka menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi,tapi atas kesilapan manusia sendiri yang tak mahu mengikut petunjuk Ilahi.

Semua ini ada hikmahnya,yang penting kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa dan selalu meminta keampunan darinya.Tapi ingat tugas kita nanti untuk mendidik masyarakat..Malam itu dalam perjalanan yang penuh mencabar di bumi anbia itu Fatimah terlena dalam dakapan suaminya yang tercinta.

7 kebaikan air mata yg menangis.....

0 wasiat kpd tuan tanah

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.


5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Monday, January 17, 2011

I'm Back

0 wasiat kpd tuan tanah
Setelah menghilangkan diri sekian lama..Cik wanniey sebenarnye bru balik bercuti...mggu lepas 7/1 cik wanniey n d geng ke KL..Jalan2 abiskan duit yg xberapa byk...Minggu ni sempena befday Sultan Kedah cik Wanniey n famili ke Langkawi..ni pun Mggu menghabiskan duit secara mendadak...gmbr xsmpat nk upload lg...

Monday, January 10, 2011

Bahaya nescafe 3 in 1

0 wasiat kpd tuan tanah


Di petik dari group,


Kawan saya (dah arwah)...... .dari usia muda.....pagi nescafe..... 2 X..petang nescafe....2X. ..malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .bengun dari kerusi ........kaki dia terus patah....tulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'


Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:


1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah

non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam..


*sharing is caring


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...