Tinggalkan jejak anda di sini....CikWanniey follow kembali...

Klik cni...

Thursday, March 31, 2011

Khamis menjelma lg walaupun aku ingat ari ni Rabu...

0 wasiat kpd tuan tanah
salam....http://www.cute-smiley.com

Entry ari ni Khamis menjelma lg walaupun aku ingat ari ni Rabu...Lawak...bleh plak aku pk ari ni rabu sedangkan member aku tnya mcm ni

member aku: wei, ari ni rabu ka selasa?
aku: Rabu (buat muka cuak)
member aku: La....aku ingat Selasa....


Dialog selepas tu aku lupa and dialog kt atas pun aku reka skit sbb aku dah tak ingat apa yg dia tnya smlm..( byk mkn cikmut ni)...dan ari ni rupa2nya aku pon lupa...pg tadi siap order lg ikan. udang sotong n apa2 ja tuk di masak masa weekend ni...tp bleh plak aku lupa ari ni Khamis....

aku bukannye nk cite sgt pon bab ari khamis ni...yang aku pk esok cutu tuk area kedah ye...yeayyyy...cutiiiiiiiii....bestttttttt...teruja...http://www.cute-smiley.com


Wednesday, March 30, 2011

Botox!!!!

0 wasiat kpd tuan tanah
salam....http://www.cute-smiley.com

Hujan di kedah turun tanpa henti...Alhamdulillah, walaupun ada kawasan banjir tp kita xbleh nk salahkan Allah turunkan hujan tanpa henti...
aku bukan nak cerita pasal botox pon...saja entry botox sebab bila aku bangun pg td..bibir aku dah mcm org cucuk botox..apakah sbbnye???aku pon xtau...masih mencari jawapan...apakah yang telah mencantikkkan dan menseksikan bibir aku...adakah incik semut yg tgh marah aku??




*rasanye semut ni yg letak botox kat bibir aku



*gambar hiasan semata-mata (xkan nk letak gmbar aku ngan bibir yg seksi kan...kan)






Tuesday, March 29, 2011

Rajin

0 wasiat kpd tuan tanah
salam..........http://www.cute-smiley.com


Tiba-tiba je aku menjadi tersangat rajin menggunakan jari jemari menaip byk entry...byk ke aku nk cite??byk tu takde la byk sgt...cuma rajin yang tak disangka2 masa ujan n malasnya aku nk membuat kerja time ujung bulan n  tak bergaji ni....http://www.cute-smiley.com


Kecewa gila gaji tak masuk lagi...dahla semalam dah kuarkan RM350 tuk repair kete...RM350 ok bukan RM3.50...bagi org lain mungkinla angka tu xbanyak yela gaji diorang ngan gaji aku mana setaraf...agak terketar-ketar masa nk bayar...tu la org lain nk guna keta aku pun nk guna jgk...kan dah terpaksa menggunakan duit simpanan tuk keta...gara-gara gaji tak dapat lg....



So, bulan depan aku kena bajet sbb bulan ni aku dah terlebih bajet...sgt2 melebihi gaji....kena cari altenatif lain untuk menambah pendapatan....langkah-langkah menambah pendapatan:

1) Cari bf kaya (senang sikit bila bajet tiap-tiap bln lari tp ada ke laki kaya nk kat aku)
2) naik motor ke ofis (bahaya kot pmpuan naik motor)
3) suruh je sapa2 antar ke ofis (save bajet tp ada ke org yg sggup)
4) Tapau lunch dari rumah 
5) cari keje lain (ni pun masalh ssh nk cari keje skrg- bersyukur apa yg ada)
6) bisnes ( boleh jadik bisneswoman la)
http://www.cute-smiley.com




Aku suka tgk cite kartun...

2 wasiat kpd tuan tanah
salam.........http://www.cute-smiley.com

Entry hari ini...Aku suka tgk cite kartun.....ada tak org cakap bila dah besar dia dah tak tgk kartun??rasa2 dia tipu x??or malu bila org tau dia suka tgk cite aku...aku suka tgk jgk cite katun ni tambah2 cite shaun the sheep..tau tak??mesti tau kan...sanggup aku menunggu tgh2 malam semata-mata nk tgk kambing biri-biri...mak aku pun sama..layann kartun kambing biri-biri..hari-hari tanya aku malam ni ada dak cita lambing biri-biri...ni la kambing tu....

.
.
.
.
.




*shaun yg kurus tu




*gambar ehsan incik google...

Bukan setakat kartun kambing biri-biri ni aku layan spongebob pun aku layan...biasala rutin aku...balik keje aku makan nasik depan tv smbil tgk spongebob+ upin ipin+shinchan....macam kanak-kanak ribena btol...haisshhh...http://www.cute-smiley.com



Sunday, March 27, 2011

Cikwanniey menang GA

0 wasiat kpd tuan tanah
salam..........http://www.cute-smiley.com

Sebenarnye aku xtau pon ada GA kt blog drnur ni...follower ke 250 akan di link ke blog ye...saja je suka2 menambah kawan2 blogger...thanks to drnur coz bg award blogger ke 250....waaahh...bangganye 1st time dpt award......

.
.
.
.
.
.
.


http://www.cute-smiley.com


Wednesday, March 23, 2011

My 1st GA - SewandCut

0 wasiat kpd tuan tanah
Salam...............http://www.cute-smiley.com

Hari ini kita bercerita pasal GA...Asal ada GA ja mesti aku join...bukan semuala...biasala mengisi masa lapang yang senantiasa lapang walaupun banyak keja yang memerlukan aku membuat keje....

ok..ni cerita pasal GA ni..Menurut cerita tuan empunya Blog...ni 1st GA dia...hadiahnye adalah...jeng...jeng...jeng...
http://www.cute-smiley.com
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tarraaaaa...


 Pin cushions 

Cantikla sbb ni adalah hasil kerja tangan tuan empunya blog sendiri...ada 3bentuk tomato, labu n buah manggis...kalau nk buat sendiri bleh tp lambatla sikit nk siapkan ni...kalau nk beli pun boleh...tp yg dapat free ni lg best bila dapat...hahahaha...laju je jari jemari aku menulis entry ni....

GA ni terhad kepada 20 org je sbb ada 20 ketul pin cushions je..pemenang xblehla nk pilih2 buah apa yg korang nk...dipilih oleh tuan empunya ye...kira randomla...kalau nk join senang je...klik je SewandCut...xde byk2 syarat...xpyh tag org lain....Oppsss...lupa plak GA ni bermula 14th march sampai 28th march 2011...senarai pemenang pada 29march 2011...harap maklum......

jomla cepat2 join....jgn tak join plak..nanti aku sorg plak menang....

http://www.cute-smiley.com






Tuesday, March 22, 2011

Lagenda Budak Syaiton

0 wasiat kpd tuan tanah
Salam Semua.....Hi http://www.cute-smiley.com

Entry hari ni pasal cite Lagenda Budak Setan...tgh Aku best2 search kat yuotube ternampakla dan tertengoklah cite ni Lagenda Budak Syaiton...Best cite ni...Jom layanzzz....http://www.cute-smiley.com








Sunday, March 20, 2011

~GIVEAWAY SEMPENA 27 TAHUN~

0 wasiat kpd tuan tanah
Salam...http://www.cute-smiley.com


Hari ni mari kita ramai2 join GA...
Syarat2 yg sgt senang dan mudah...just rajinkan jari jemari untuk menulis entry ni..xpayah rajin2 kan diri tag org lain, letak banner kt side bar, xwajib pun follow tp dah alang2 join GA ni follow je la kan...

Tarikh tutup: 29 mac 2011(ada ms lagi)
hadiah utk 3org yg bertuah
http://www.cute-smiley.com
nk join blehla ke blog mama Adam a.k.a Asfaliza






Friday, March 18, 2011

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir

0 wasiat kpd tuan tanah

Salam...http://www.cute-smiley.com

Sempena hari jumaat aku nk syer dgn semua...

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.




nk tgk mcmana keadaan sebelum dan selepas tsunami klik SINI

http://www.cute-smiley.com




Thursday, March 17, 2011

Kisah duka menyedihkan pelajar perempuan Palestin...

0 wasiat kpd tuan tanah
Salam...
Ari ni mari kita semua membaca cerita....http://www.cute-smiley.com

Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin. Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya. Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar perempuan di dalam pakaian . Dan benar, dibentuklah pasukan khusus untuk melakukan pemeriksaan dan mulai membuat pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan terhadap segala hal yang dilarang masuk di kawasan sekolah seperti handphone berkamera, foto-foto, gambar-gambar dan surat-surat cinta serta yang lainnya.

Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.

Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya.

Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya yang terjadi ???

 Doa dan uluran tangan kita, setidaknya boleh sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-saudara kita di Palestin yang hingga kini terus dilanda tragedi kemanusiaan akibat penjajahan Zionis Israel

Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan.

Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangannya memegang erat begnya. 

Pandangannya semakin tajam setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam tasnya ???

Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia pun memegang sangat erat begnya. 

Seakan dia mengatakan, demi Allah mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.

Tolong buka beg kamu anakku, kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa. Siswi itu tidak mahu membuka begnya. 

 Dia melihat wanita yang ada di depannya dalam diam sambil mendekap beg ke dadanya. Barikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut. 

Namun tiba-tiba dia berteriak keras: tidak … tidak … tidak …
Teriakan itu mengejutkan para pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.

Terjadilah pergelutan sengit: berikan … tidak … berikan … tidak …

Apakah rahsia yang dia sembunyikan??? Dan apa yang sebenarnya terjadi???
Maka terjadilah adegan perebutan tangan untuk memperebutkan beg yang masih tetap berada dalam blockade pemiliknya. 

Pelajar lain pun terkejut dan semua mata terbelalak. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi.

Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar) tersebut ….

Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksa sepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan yang barang kali mengambil masa yang lama …

Pelajar tadi masuk ke bilik sedang air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan penuh benci dan marah. 

Bagi mereka akan mengungkap rahsia dirinya di hadapan orang banyak. Ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi. 

Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam beg wahai anakku …?

Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya. Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya??? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam tasnya. 

Tidak ada benda-benda haram, hand phone berkamera, gambar dan foto-foto atau surat cinta. 

Demi Allah, tidak ada apa-apa di dalamnya kecuali sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam begnya.

Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.

“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam bungkusnya. 

Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sebahagiannya. Sisanya saya bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah. 

Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak memiliki siapa-siapa. 

Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”

Tiba-tiba suara tangis meledak ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas perlakukan buruk pada siswi tersebut.

Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan di Palestin.

Peristiwa ini juga terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, barang kali selama ini kita tidak peduli dengan mereka. 

Doa dan uluran tangan kita, setidaknya boleh sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-saudara kita di Palestin yang hingga kini terus dilanda tragedi kemanusiaan akibat penjajahan Zionis Israel.







Wednesday, March 16, 2011

RAHSIA Budu... Jangan Pandang Sebelah Mata...

0 wasiat kpd tuan tanah

Sedap...hiris bawang,  cili, perah asam ....

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadikajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.


Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderitapenyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Ikan bakar cicah budu...
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu                                                                    dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.




Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI JEPUN...

0 wasiat kpd tuan tanah
Assalamualaikum...http://www.cute-smiley.com
 Dunia dikejutkan dgn tsunami di jepun..Tsunami Jepun (8.9 skala Richter) telah melanda negara Jepun, paling teruk dalam sejarah untuk tempoh 140 tahun...Iktibar untuk semua..Penah tak kita terpikir Tsunami ni erlaku pada hari Jumaat??

http://www.cute-smiley.com


*Gambar-gambar tsunami ehsan dari Incik Google..













http://www.cute-smiley.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...