Tinggalkan jejak anda di sini....CikWanniey follow kembali...

Klik cni...

Sunday, February 13, 2011

Wangi-wangian membuatkan jin muntah...

0 wasiat kpd tuan tanah

View Image

Minyak wangi buat jin muntah.... Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.
Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.
Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.
Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut. Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.
Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.


0 wasiat kpd tuan tanah
ASSALAM...http://www.cute-smiley.com

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:


1. Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.


2. Tarikan derapan kasut

Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


3. Jangan bersolek tebal

Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.


4. Ingat hari pentingnya

Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.


5. Hormatinya

Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.


6. Jangan terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.


7. Agresif

Lelaki suka sikap wanita yang agresif.


8. Jangan terlalu seronok

Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.


10. Jangan terlalu baik

Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.


11. Jangan perasan

Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


12.Sikap sederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


13. Sikap keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.


14. Lemah-lembut

Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


15. Sensitif

Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.


16. Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.


17. Jaga kecantikan

Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!


18. Gaya kemas

Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.


19. Jangan kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.


20. Sering tanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


21. Jujur dalam tingkah laku

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.


22. Suka yang beragama

Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.


24. Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.


25. Tunjuk matang

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.


26.Suka dimanja

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.


27.Sikap Berterus Terang

Sekiranya anda merasakan sesuatu berlaku atau tidak kena pada pasangan, jangan sesekali memendam perasaan itu.Berani berterus terang dan jangan mudah putus asa,sebaiknya cari jalan penyelesaian dengan baik.


28.Sentiasa Berdoa

Memohon keberkatan daripadaNya sedikti sebanyak dapat meredakan perasaan seseorang,di samping dapat memelihara keutuhan sesebuah ikatan.Jadi anda dinasihati agar sentiasa memohon rahmat dan perlindungan dari Allah SWT.

Sekadar berkongsi bersama http://www.cute-smiley.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...